Monday, September 5, 2011

Ramdhan terakhir

Hari nie hari terakhir aku bercuti n esok akan berkerja semula selepas puas bercuti raya start dari 29/8 hari tu.. Dalam kemeriahan n keseronokkan menyambut hari raya di Malaysia setelah dua tahun berturut2 menyambut Aidilfitri di Manila,Php aku dikejutkan dgn berita pemergian Arwah En. Yusoff Jabil melalui sms pada raya ke-3 (1 sept 2011).. aku difahamkan beliau menghembuskan nafas terakhir lebih kurang jam 9 mlm(31/8/2011)

Bila baca je msg dr PA En. Yusoff aku mcm tak percya aku call terus.. mcm2 yg aku fikir n aku sgt2 tak sangga.. n pada hari tu aku ada kat Ampang n nak beraya di rumah mak long di Taman Tun,PJ... mama n ayah cadangkan pergi jugak lawat jenazah.. utk perghormatan terakhir...

Smpai je di kediaman beliau suasana agak suram.. aku terpandang wajah isteri n anak en.yusoff yg kelihatannye sayu n cuba berlagak kuat dan tabah. aku ambil surah yassin yg ada di atas almari dan mula membaca.. dlm fikiran aku berlega2 memori aku bersama beliau sepanjang aku menjaga beliau lebih kurang 1thn

Akhirnye jenazah beliau dari terengganu tiba di rumah.. aku menagis bila kapan dibuka n aku nmpak wajah dia.. n mmg aku betul2 tak sangka.. thn nie ramadhan terakhir dia n dia sempat menyambut 1 shawal.. smpai kan salah sorg bos kat office aku dtg sebelah aku n mintak aku bersabar.. sbb aku mcm dah tak terkawal dah air mata nie.. mencurai2 keluar dr mata aku..

Kalo ikutkan kerja aku selalu je bergado dgn arwah..tp kalo part berbual dia mmg sorg yg tak kisah n tak formal.. hermm.. mcm2 aku terkenang..before aku nk mula cuti dia ada minta aku isi borang dia n scan gmbar dia... lepas tu dia ada bagi aku duit raya n ckp " nah2 zarith sblum saya terlupa. Duit raya", aku siap gelak2 lagi sbb bagi aku arwah buang tebiat bagi aku duit raya...

N now setiap kali aku nak tido aku akan terkenang arwah... mmg aku tak sangka... sgt tak sangka.. arwah dah pergi meninggalkan kita utk selama2nyer... Al-Fatihah

3 April 1955 - 31 Ogos 2011
Semoga roh beliau dicucuri rahmat... Amin~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...